Friday, August 27, 2010

Zakat Fitrah Pelengkap Kesempurnaan Puasa






Zakat fitrah juga dikenali dgn nama zakat badan. Ianya diwajibkan ke atas setiap umat Islam tak kira lelaki, perempuan, tua, muda kecil atau besar. Zakat fitrah wajib ditunaikan sejak bermula 1 Ramadhan hingga bermula solat aidilfitri. kadar yg mesti dikeluarkan ialah segantang baghdad atau lebih kurang 2.7kg makanan yg rutin. dalam konteks negara kita, ianya ialah bersamaan segantang beras kerana beras merupakan makanan rutin di negara ini.

Oleh kerana zakat fitrah termasuk dalam perkara ibadah, maka setiap orang yg mengeluarkannya wajib disertai dgn niat. seelok-eloknya sewaktu hampir saat membayar zakat, berdoa di dalam hati agar Allah menjadikan bayaran zakat kita sebagai saham akhirat kelak.

Zakat fitrah wajib bg mereka yg berkemampuan shj. namun, maksud berkemampuan itu ialah seseorg yg masih mempunyai wang belanja utk diguna pd siang dan malam hari raya.

Seorg bapa wajib mengeluarkan zakat bg dirinya dan mereka yg di bawah tanggungannya iaitu isteri & anak2. namun, sekiranya si anak telah bekerja dan mempunyai wang sendiri, maka si anaklah yg wajib melunaskan zakatnya.

No comments: