Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Korban atau Qurban ???????????

assalamualaikum semua. salam 11 zulhijjah. alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun sampai ke kemuncak pada tahun ini (bg tahun hijrah r, tahun masihi ad lg sbulan lebih). dalam suasana kita menyambut perayaan ni, jgn lah kita lupa akan adab2 serta batasan2 dalam menyambutnya.


sebentar td sy ad lah menonoton cket (setelah bgon dr tidur ) rancangan al-kuliyyah di TV3 yg tlah dipengerusikan oleh sperti biasa us. fauzi dan seorang ahli panel (yg aq tak ingat namanya). tjuk al-kuliyyah kali ni mengupaskan tentang pengorbanan dan ibadah korban.




aq terdengar lah ahli panel uh ckp " dlm apa keadaan sekalipun, kita perlu kmbali dan ketahui adab2 dan batasannya ".... dia ada ckp salah, satu adab smasa menjalankan ibadah qurban ialah jaga lafaz.
seelok-eloknya r, waktu tgah berqurban uh, kita banyak2kan bertakbir, selawat, bertasbih, bertahmid.
ini tak, ada yg buat maen2 dan gurau2. rasa sedih ada gak r dgn masalah umat islam zaman sekarang ni.

tu jer kot yang aq nk tulis kali ni........
jumpa lg lain kali......
wassalam......

Thursday, November 18, 2010

Prospek Tahfiz 3 sesi 2010 "vs" Runsing........

Alhamdulillah. Syukur pd Ilahi kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan kpd kami khususnya dan kpd pmbaca amnya. Maka dengan izin-Nya jualah, blog ini dpt diupdate setelah sekian lama tidak diupdate.....

Pada 7 hingga 9 nov yg lalu, 17gen telah mngadakan sebuah aktivti slpas peperiksaan(PROSPEK). Setelah dibincangkan, kami telah memilih P.Pinang sbg destinasi kami tmpat ni je yg best utk kitorang pilih. Tapi not bad la, semua ok jehk. Semua epy gler......




Tapi en ad satu krunsingan r pd kitorang. Pelik pun ad gak. Time kitorang take a break sblum nk g sidewalk, kitorang rehat2 kt sebuah masjid dkat2 situ. Ok r msjid uh. Bersih, cantik, perfect r kiranya. Kitorang tungu sampai kul 7.30pm. Siap jama' maghrib & isyak skali. Bila dh abis solat sume, mcm bese r, siap2. Tiba2, ad sorang arab ni. Dia msuk dewan solat dgn pakaian yg agak2 kurang beradab r bg org melayu. Dia msuk pas uh trus ke dpan & solat. Persoalannya, sah ke solat kita klau pakaian x mnutup aurat???? Sebabnya, kitorang tgok dia smayang pakai seluar pendek yg kalau dia rukuk & sujud boleh nmpak lututnya. Lepas kitorang perhatikan glagat dia, kitorang trus je r kluar dr msjid nk gi ke sidewalk. Masa uh kitorang pikir di ikut mazhab lain kot. Tapi bila pikir balik, Islam tidak mengizinkan kita membuka aurat, apatah lagi dalam soal ibadah. 


































So, harap boleh r bg pndapat agar dpt dikongsi brsama terutama bg yg berilmu dlm soal ini.....
Sekian........

Saturday, September 4, 2010

Berita Harian Online | Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

Berita Harian Online | Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

Friday, July 2, 2010

ALLAHU AKBAR


JASA BONDA

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Thursday, June 17, 2010

Umat Islam jangan terpedaya janji Israel




Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.
Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semula jadi rejim Israel.
Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.
Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.
Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat ‘persefahaman Blair-Netanyahu’, hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.
Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya, AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.
Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestina dan konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.
"Ini bukan 'Kapal penyelamat'. Itu adalah kapal kerosakan," kata Netanyahu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak oleh semua pihak serta langkah awal pelobi Yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.
Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.
Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.
Ini menunjukkan bagaimana eksplosifnya situasi pada saat itu. Semenjak itu, situasi telah menjadi semakin parah di mana pemerintah Mesir mulai membangun sebuah tembok besi bawah tanah guna memblok terowongan-terowongan dari Gaza melalui nasihat zionis. Tambahan pula, tanpa perdagangan sah, terutama dengan Israel, ekonomi Gaza telah runtuh. CIA World Factbook mengestimasikan bahawa tingkat pengangguran pada tahun 2009 adalah 40%. 44% dari populasi adalah anak muda berumur 14 ke bawah.
Inilah situasi yang ada di Gaza, di mana seluruh rakyat ditahan di sebuah penjara terbuka.
Pihak NGO seluruh negara ini, serta di serata dunia diseru untuk memantau pengagihan barang bantuan daripada kapal-kapal yang telah ditawan serta memastikan konvoi bantuan terus dilakukan melalui jalan laut dan darat yang telah dibuka oleh pihak Mesir. Sikap Mesir juga perlu dicurigai kerana mereka boleh menutup sempadan pada bila-bila masa sahaja atas desakan musyrikin zionis. Tekanan kepada Mesir juga wajar diteruskan.
MAPPIM akan menganjurkan Konvoi Ramadhan di Gaza pada bulan puasa tahun ini serta akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Mesir konsisten membuka sempada Rafah serta mengabaikan desakan zionis.