Saturday, August 28, 2010

Adab-Adab Berpuasa






Pada kali ini saya akn menceritakan tentang adab2 berpuasa sempena bulan mulia ini.

Pertama : 

Menjaga Lidah

jaga lidah dr berbohong, mengumpat dan menjaga tepi kain org lain yg x de kena mengena dgn dirinya atau dlam bhsa org putihnya `busy body'.

Kedua :

Pelihara Mata dan juga Telinga

pelihara dr melihat dan mendengar perkara yg dilarang oleh syara'dan perkara yg sia2.

Ketiga :

Jauhi Makanan Haram

jauhi perut dari merasai minuman atau makanan haram yg mengandungi unsur2 syubhat terutama waktu berbuka. makan dan minumlah yg halal dan bersih.

Keempat :

Jangan banyak Makan dan Tidur 

jgn bnyakkan tidur pd siang hari dan makan pd waktu malamnya, malahan bersederhanalahpada keduanya.
dengan ini, sanubari akn terkawal, nafsu berkurangan, hati ceria.

Friday, August 27, 2010

Zakat Fitrah Pelengkap Kesempurnaan Puasa






Zakat fitrah juga dikenali dgn nama zakat badan. Ianya diwajibkan ke atas setiap umat Islam tak kira lelaki, perempuan, tua, muda kecil atau besar. Zakat fitrah wajib ditunaikan sejak bermula 1 Ramadhan hingga bermula solat aidilfitri. kadar yg mesti dikeluarkan ialah segantang baghdad atau lebih kurang 2.7kg makanan yg rutin. dalam konteks negara kita, ianya ialah bersamaan segantang beras kerana beras merupakan makanan rutin di negara ini.

Oleh kerana zakat fitrah termasuk dalam perkara ibadah, maka setiap orang yg mengeluarkannya wajib disertai dgn niat. seelok-eloknya sewaktu hampir saat membayar zakat, berdoa di dalam hati agar Allah menjadikan bayaran zakat kita sebagai saham akhirat kelak.

Zakat fitrah wajib bg mereka yg berkemampuan shj. namun, maksud berkemampuan itu ialah seseorg yg masih mempunyai wang belanja utk diguna pd siang dan malam hari raya.

Seorg bapa wajib mengeluarkan zakat bg dirinya dan mereka yg di bawah tanggungannya iaitu isteri & anak2. namun, sekiranya si anak telah bekerja dan mempunyai wang sendiri, maka si anaklah yg wajib melunaskan zakatnya.

Mengejar bersama :



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua........
Bagaimana dengan Ramadhan kita tahun ini.....?
Adakah lebih sempurna berbanding tahun lpas, atau lebih teruk.....?
Fikir2 lah sendiri.....

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang kelebihan di bulan yang penuh barakah ini (RAMADHAN).
Tahukah kalian tentang kelebihan2 yang terdapat di bulan ini....???

Mustahil lah kalau tak tau kan???/
Sedangkan para paderi pun tau.......



Pertama :

Keampunan ALLAH


ALLAH akn mengampunkan dosa2 setiap hambaNYA yg bertaubat di bulan ini. Justeru, marilah kita merapatkan kedua telapak tangan kita menadah ke langit utk memohon ampun dariNYA.



Kedua :

Nuzul AL-QURAN



Seperti yg kita tau, pada bulan inilah AL-QURAN diturunkan. Oleh sebab itulah di bulan ini terkenal dgn bacaan AL-QURAN. Malahan org yg setahun tak pernah pegang AL-QURAN pun boleh join sekali buat ibadah ni.



Ketiga :

Solat Terawih



This is the famous thing when RAMADHAN is coming. Alamak dh speaking plak. Amalan solat terawih dilakukan sejak dari zaman  Nabi Muhammad lagi. Cuma, pd waktu tu ianya dilakukan secara individu dan hanya 8 rakaat shj. Tetapi, tak salah kalau kita nk buat secara jemaah. Meskipun ianya bid'ah, ianya tetap bid'ah hasanah(baik). 20 atau 8 tu tak kira la, yg penting buat.



Keempat :

Lailatul Qadar




Kira2 lg berapa hari nk msuk hari sepuluh terakhir RAMADHAN???? Amalan ini biasa didengari. Namun, dari segi perlaksanaannya bagaimana? Kalau dh tau, dh belajar tp x di amalkan, tak de gunanya. Jomlah kita rebut peluang ni. LAILATUL QADAR bukan ada setiap malam. Hanya sekali dlm setahun.




Kelima :

Zakat Fitrah



Amalan ini telah dilakukan sejak dari zaman nabi juga seperti solat terawih. Selepas kewafatan nabi, umat Islam ketika itu tidak lagi berpegang pd agama ALLAH ni. Mereka kembali ke zaman mereka yg dulu, sembah berhala & macam2. Kalau ajaran Islam tak nk ikut, nk suruh bayar zakat, lg lah bnyak alasannya.
Pada sebelum kewafatan nabi, mereka membayar zakat kepada nabi. Namun selepas kewafatannya, mereka tidak mahu membayar zakat dgn alasan org yg mengutip zakat sudah wafat dan mereka tidak perlu membayar zakat lagi. Kesimpulannya, kpada sesape yg blum bayar tu, cpat2 la gi bayar. RAMADHAN pun dh nk melabuhkan tirainya. Ingat, hukum bayar zakat ialah wajib. Menunaikan zakat juga merupakan salah stu dari rukun Islam.




Semoga rencana ini dapat menyedarkan diri sendiri dan generasi17 serta seluruh umat Islam terutamanya org Melayu. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, August 13, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh....

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk terus bernafas sambil menyambut bulan yang mulia Ramadhan......

Firman ALLAH:

" Wahai orang-orang beriman di wajibkan ke atas kalian untuk berpuasa sepertimana yang di wajibkan kepada umat-umat
sebelum kamu agar kamu menjadi orang bertakwa"







Sedar tak sedar kita dah pun
masuk ke bulan Ramadhan. Di harapkan seluruh umat islam dapat menyempurnakan rukun islam ini, insyaalah...

Kalau dh masuk bulan puasa nie, cuba kita lihat ada satu benda SYAITAN buat yang masih kekal di lakukan oleh MANUSIA.Dah konfem2 membazir la namanya. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam AL-QURAN:



"Sesungguhnya orang yang membazir itu bersahabat dengan syaitan"



Tapi kalau dh dalam bulan puasa nie, semua syaitan-syaitan dah kena ikat. Sekarang siapa yang jadi Syaitan????? Fikir-fikirkanlah yer........