Friday, December 24, 2010

PMR Result


Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu hari yg ditunggu-tunggu oleh  semua pelajar tingkatan 3 terutamanya, hari keputusan PMR…bru2 ini telah berjaya mencipta sejarah, pelajar tingkatan 3 di ITQAN(17th GENERATION) telah berjaya mendapat keputusan yg begitu cemerlang seramai 13 calon dr 29 calon. Harap kecemerlangan ini dpt dikekalkan dan ditingkatkan pd masa akan dtg. Semoga generasi ini boleh membangun dan boleh mengubah dunia suatu hari nanti. Insyaallah.

Sunday, December 5, 2010

Awal Muharram


Selamat Tahun Baru Hijriyah


Alhamdulillah,dgn izin dan limpah kurniannya msih kte dpt bernafas hingga hari ini. Sempena tahun baru ini marilah kita sama2 menanam azam baru untuk kte menjadi lebih baik dari tahun2 yg sebelum ini. 


Sunday, November 28, 2010

Wanita & Firman ALLAH

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"
 
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Monday, November 22, 2010

LAMBANG Generasi ke-17 Tahfiz Negeri Sembilan




KEUTAMAAN HAFIZ DAN HAFIZAH ATAU PENGHAFAL QURAN



Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w  "Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.''
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?" apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: "Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab; "saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.

KEPADA SEMUA SAHABATKU HAMALATUL QURAN,SEDARLAH, KITE SEMUA SEBENARNYA ISTIMEWA N SANGAT BERHARGA UTK UMMAH..JGN LALAI DGN AMANAH YG DIPERTANGGUNGJAWABLAN KEATAS KITE,SEMUA 2 AKN DISOAL DIAKHIRAT NNTI..MENGHAFAL QURAN SUNAT,TTPI KALAU X INGT MENGUNDANG DOSA..SAME2 KITE MUJAHADAH QURAN..DALAM SEHARI,KALAU MMG X SMPT LNGSUNG PON,SEKURANG2 NYA KITE BACE SKET QURAN PON DH OK..UTK SAHABATKU DI UIA PJ,NILAI N LAIN LGI,KTE KNE INGT,WALAUPON KITE DIBEBANI BANYAK URUSAN LAIN,KELAB N JWTN YG KITE PEGNG,JGN KITE LALAI,MENGULANG PERLU DITERUSKAN,CARILAH WAKTU UTK MENGULG..BRKATA IBNU MAS`UD,SESIAPA YG HNDAK MENGETAHUI SAMAADA CINTAKAN ALLAH @ X,MAKA HENDKLAH DIA MELIHAT KPD ALQURAN,JIKA DRINYA MNCINTAI ALQURAN,SESUNGGUHNYA DIA MNCINTAI ALLAH,KRNA ALQURAN ITU KALAM ALLAH...NASIHAT INI ANA TJUKAN BUAT SEMUA N DRI ANA JUGA...KALAU ANA AD BUAT SALAH,KTE SAME2 TEGUR...SELAMAT BERMUJAHADAH WAHAI HAMALATUL QURAN...SEMOGA KALIAN SEMUA DALAM RAHMAT ALLAH,BAARAKALLAHU FEEKUM,SALAM..

Friday, November 19, 2010

Korban atau Qurban ???????????

assalamualaikum semua. salam 11 zulhijjah. alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun sampai ke kemuncak pada tahun ini (bg tahun hijrah r, tahun masihi ad lg sbulan lebih). dalam suasana kita menyambut perayaan ni, jgn lah kita lupa akan adab2 serta batasan2 dalam menyambutnya.


sebentar td sy ad lah menonoton cket (setelah bgon dr tidur ) rancangan al-kuliyyah di TV3 yg tlah dipengerusikan oleh sperti biasa us. fauzi dan seorang ahli panel (yg aq tak ingat namanya). tjuk al-kuliyyah kali ni mengupaskan tentang pengorbanan dan ibadah korban.




aq terdengar lah ahli panel uh ckp " dlm apa keadaan sekalipun, kita perlu kmbali dan ketahui adab2 dan batasannya ".... dia ada ckp salah, satu adab smasa menjalankan ibadah qurban ialah jaga lafaz.
seelok-eloknya r, waktu tgah berqurban uh, kita banyak2kan bertakbir, selawat, bertasbih, bertahmid.
ini tak, ada yg buat maen2 dan gurau2. rasa sedih ada gak r dgn masalah umat islam zaman sekarang ni.

tu jer kot yang aq nk tulis kali ni........
jumpa lg lain kali......
wassalam......

Thursday, November 18, 2010

Prospek Tahfiz 3 sesi 2010 "vs" Runsing........

Alhamdulillah. Syukur pd Ilahi kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan kpd kami khususnya dan kpd pmbaca amnya. Maka dengan izin-Nya jualah, blog ini dpt diupdate setelah sekian lama tidak diupdate.....

Pada 7 hingga 9 nov yg lalu, 17gen telah mngadakan sebuah aktivti slpas peperiksaan(PROSPEK). Setelah dibincangkan, kami telah memilih P.Pinang sbg destinasi kami tmpat ni je yg best utk kitorang pilih. Tapi not bad la, semua ok jehk. Semua epy gler......




Tapi en ad satu krunsingan r pd kitorang. Pelik pun ad gak. Time kitorang take a break sblum nk g sidewalk, kitorang rehat2 kt sebuah masjid dkat2 situ. Ok r msjid uh. Bersih, cantik, perfect r kiranya. Kitorang tungu sampai kul 7.30pm. Siap jama' maghrib & isyak skali. Bila dh abis solat sume, mcm bese r, siap2. Tiba2, ad sorang arab ni. Dia msuk dewan solat dgn pakaian yg agak2 kurang beradab r bg org melayu. Dia msuk pas uh trus ke dpan & solat. Persoalannya, sah ke solat kita klau pakaian x mnutup aurat???? Sebabnya, kitorang tgok dia smayang pakai seluar pendek yg kalau dia rukuk & sujud boleh nmpak lututnya. Lepas kitorang perhatikan glagat dia, kitorang trus je r kluar dr msjid nk gi ke sidewalk. Masa uh kitorang pikir di ikut mazhab lain kot. Tapi bila pikir balik, Islam tidak mengizinkan kita membuka aurat, apatah lagi dalam soal ibadah. 


































So, harap boleh r bg pndapat agar dpt dikongsi brsama terutama bg yg berilmu dlm soal ini.....
Sekian........

Friday, October 15, 2010

Selamat Tinggal

    "Fuhhh......." leganya rase hati ni bila menjelang hari terakhir PMR dan mengambil final paper iaitu bhsa arab. Sgala perancangan utk aktiviti slpas peperiksaan telah dirancang. ada yg nk pegi mancing kt kolam dpn, g jln2, mcm2 lg. Tapi den x rancang ape2 lg nk wt. Den ghaso cm nk duk umh lamo2 jo....but bilo d pikir2 balik, den blom abih muqarar quran lg, kang x psal2 jd beban taon dpan.

     Tapi syg eyh, x dapek gak balik awal. Apo laie, bilo dh abih solosai kelas quran, x do po nk wt. Jd mcm org gilo kt klas. Membuto pun boring. But ader satu bnda yg buek den ngn kwan2 bngang. Terasa seperti d jajah semula oleh kuasa lain. Mentang2 kito bkn org berada, mulo lah deyh. Biarlah d rahsiakn individu ni...maleh nk cito psal beliau ni.

     Balik smulo kt tjuk asal. Dh lamo raso eyh x update blog ni. Bkn malas, tp idea smakin berkurang dan peperiksaan yg bru berakhir membuatkn diri makin terbeban dan tersepit. Tiap2 kali kalo balik ke rumah, ado la tuisyen ni tuisyen tu. Kekadang nk berehat pun x der masa. 

    Ttapi pd 12/10/10 ari tu, sambutan kemerdekaan  drpd terus d jajah oleh PMR telah pun di umumkn tpat pd jam 10.45 pg di hdpan dewan Maahad Ahmadi.  

Thursday, September 16, 2010

Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan Islam :






Baru-baru ini kita digemparkan beberapa buah klip video yg menghina junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w khususnya dan Islam umumnya. Saya berasa kesal dan bengang apabila melihat sebuah klip video yg berkaitan dengan hal ini. Terasa mcm nk cari jer org yg menghina tu.Tapi bila difikirkan semula, saya bertanya pd diri sendiri `adakah masalah ini berpunca dr umat Islam?'. Saya imbas kembali beberapa naskhah akhbar untuk mencari info2. "ha'a, jumpa pon."bisik di dalam hati. Rencana tantang kes pembuangan bayi, mat2 remp-it, rogol,mcm2 lg. Terasa malu pon ader gak ngn perangai umat islam skarang(termasuk tuan punye diri).
Mungkin ini yg menjadi punca agama2 lain menghina agama islam.. Tapi yg menjadi tanda tanyanya sekarang, mengapa ade umat islam sendiri yg menghina islam?? plik kn?? betapa lemahnya iman umat islam zaman sekarangtak mcm iman para sahabat..... disini sya nyatakan sebuah klip video Penghinaan Nabi Muhammad S.A.W dan Islam :

  http://www.facebook.com/video/video.php?v=146211225411737#!/video/video.php?v=146211225411737

Friday, September 3, 2010

Peristiwa - Peristiwa Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan

Ramadhan Al-Kareem






PERANG BADAR


Perang Badar (bahasa Arab: غزوة بدر‎), dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[1] di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.

Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.

NUZUL AL - QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al - A'laq.

MALAM AL-QADAR

Lailatul Qadar (bhsa arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan ramadhan. Ayat  yang Al-Quranpertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al- Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Saturday, August 28, 2010

Adab-Adab Berpuasa






Pada kali ini saya akn menceritakan tentang adab2 berpuasa sempena bulan mulia ini.

Pertama : 

Menjaga Lidah

jaga lidah dr berbohong, mengumpat dan menjaga tepi kain org lain yg x de kena mengena dgn dirinya atau dlam bhsa org putihnya `busy body'.

Kedua :

Pelihara Mata dan juga Telinga

pelihara dr melihat dan mendengar perkara yg dilarang oleh syara'dan perkara yg sia2.

Ketiga :

Jauhi Makanan Haram

jauhi perut dari merasai minuman atau makanan haram yg mengandungi unsur2 syubhat terutama waktu berbuka. makan dan minumlah yg halal dan bersih.

Keempat :

Jangan banyak Makan dan Tidur 

jgn bnyakkan tidur pd siang hari dan makan pd waktu malamnya, malahan bersederhanalahpada keduanya.
dengan ini, sanubari akn terkawal, nafsu berkurangan, hati ceria.

Friday, August 27, 2010

Zakat Fitrah Pelengkap Kesempurnaan Puasa






Zakat fitrah juga dikenali dgn nama zakat badan. Ianya diwajibkan ke atas setiap umat Islam tak kira lelaki, perempuan, tua, muda kecil atau besar. Zakat fitrah wajib ditunaikan sejak bermula 1 Ramadhan hingga bermula solat aidilfitri. kadar yg mesti dikeluarkan ialah segantang baghdad atau lebih kurang 2.7kg makanan yg rutin. dalam konteks negara kita, ianya ialah bersamaan segantang beras kerana beras merupakan makanan rutin di negara ini.

Oleh kerana zakat fitrah termasuk dalam perkara ibadah, maka setiap orang yg mengeluarkannya wajib disertai dgn niat. seelok-eloknya sewaktu hampir saat membayar zakat, berdoa di dalam hati agar Allah menjadikan bayaran zakat kita sebagai saham akhirat kelak.

Zakat fitrah wajib bg mereka yg berkemampuan shj. namun, maksud berkemampuan itu ialah seseorg yg masih mempunyai wang belanja utk diguna pd siang dan malam hari raya.

Seorg bapa wajib mengeluarkan zakat bg dirinya dan mereka yg di bawah tanggungannya iaitu isteri & anak2. namun, sekiranya si anak telah bekerja dan mempunyai wang sendiri, maka si anaklah yg wajib melunaskan zakatnya.

Mengejar bersama :



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua........
Bagaimana dengan Ramadhan kita tahun ini.....?
Adakah lebih sempurna berbanding tahun lpas, atau lebih teruk.....?
Fikir2 lah sendiri.....

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang kelebihan di bulan yang penuh barakah ini (RAMADHAN).
Tahukah kalian tentang kelebihan2 yang terdapat di bulan ini....???

Mustahil lah kalau tak tau kan???/
Sedangkan para paderi pun tau.......



Pertama :

Keampunan ALLAH


ALLAH akn mengampunkan dosa2 setiap hambaNYA yg bertaubat di bulan ini. Justeru, marilah kita merapatkan kedua telapak tangan kita menadah ke langit utk memohon ampun dariNYA.



Kedua :

Nuzul AL-QURAN



Seperti yg kita tau, pada bulan inilah AL-QURAN diturunkan. Oleh sebab itulah di bulan ini terkenal dgn bacaan AL-QURAN. Malahan org yg setahun tak pernah pegang AL-QURAN pun boleh join sekali buat ibadah ni.



Ketiga :

Solat Terawih



This is the famous thing when RAMADHAN is coming. Alamak dh speaking plak. Amalan solat terawih dilakukan sejak dari zaman  Nabi Muhammad lagi. Cuma, pd waktu tu ianya dilakukan secara individu dan hanya 8 rakaat shj. Tetapi, tak salah kalau kita nk buat secara jemaah. Meskipun ianya bid'ah, ianya tetap bid'ah hasanah(baik). 20 atau 8 tu tak kira la, yg penting buat.



Keempat :

Lailatul Qadar




Kira2 lg berapa hari nk msuk hari sepuluh terakhir RAMADHAN???? Amalan ini biasa didengari. Namun, dari segi perlaksanaannya bagaimana? Kalau dh tau, dh belajar tp x di amalkan, tak de gunanya. Jomlah kita rebut peluang ni. LAILATUL QADAR bukan ada setiap malam. Hanya sekali dlm setahun.




Kelima :

Zakat Fitrah



Amalan ini telah dilakukan sejak dari zaman nabi juga seperti solat terawih. Selepas kewafatan nabi, umat Islam ketika itu tidak lagi berpegang pd agama ALLAH ni. Mereka kembali ke zaman mereka yg dulu, sembah berhala & macam2. Kalau ajaran Islam tak nk ikut, nk suruh bayar zakat, lg lah bnyak alasannya.
Pada sebelum kewafatan nabi, mereka membayar zakat kepada nabi. Namun selepas kewafatannya, mereka tidak mahu membayar zakat dgn alasan org yg mengutip zakat sudah wafat dan mereka tidak perlu membayar zakat lagi. Kesimpulannya, kpada sesape yg blum bayar tu, cpat2 la gi bayar. RAMADHAN pun dh nk melabuhkan tirainya. Ingat, hukum bayar zakat ialah wajib. Menunaikan zakat juga merupakan salah stu dari rukun Islam.




Semoga rencana ini dapat menyedarkan diri sendiri dan generasi17 serta seluruh umat Islam terutamanya org Melayu. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, August 13, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN !!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh....

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk terus bernafas sambil menyambut bulan yang mulia Ramadhan......

Firman ALLAH:

" Wahai orang-orang beriman di wajibkan ke atas kalian untuk berpuasa sepertimana yang di wajibkan kepada umat-umat
sebelum kamu agar kamu menjadi orang bertakwa"







Sedar tak sedar kita dah pun
masuk ke bulan Ramadhan. Di harapkan seluruh umat islam dapat menyempurnakan rukun islam ini, insyaalah...

Kalau dh masuk bulan puasa nie, cuba kita lihat ada satu benda SYAITAN buat yang masih kekal di lakukan oleh MANUSIA.Dah konfem2 membazir la namanya. Bukankah ALLAH telah berfirman dalam AL-QURAN:



"Sesungguhnya orang yang membazir itu bersahabat dengan syaitan"



Tapi kalau dh dalam bulan puasa nie, semua syaitan-syaitan dah kena ikat. Sekarang siapa yang jadi Syaitan????? Fikir-fikirkanlah yer........



Friday, July 2, 2010

ALLAHU AKBAR


JASA BONDA

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

TANGGUNGJAWAB HUFFAZ

ASSALAMUALAIKUM...............

Terlebih dahulu, sy sbg penulis blog ini ingin memohon maaf sekiranya ada d antara pembaca yg akn trasa tntang artikel sy ini.............


sy ingin bertanya.........
patutkh seseorg huffaz menukar haluan mereka ke bidang yg laen?????
sdgkn mreka blom mlunaskn amanah yg dberi oleh ALLH........


pd pndpat sy.............
seseorg huffaz itu meskipun sudah melunaskn hafalan AL-QURAN, nmun jika mreka menukar haluan selain mnjadi tenaga pengajar ilmu AL-QURAN, ianya tdk ptut krana RASULULLAH, d dlam hadithnya ada menyebut:
" خيركم من تعلم القرأن وعلمه "

ertinya : sebaik2 kalian ialah org yg mempelajari AL-QURAN
& mengajarkannya.

cuba kita lihat.............
kalau kita hnya mempelajari ttapi tdk mengajarkannya,
maka tdk akn trcapai mksud hadith ni...........

SEKIAN.......WASSALAM.......

Saturday, June 19, 2010

BERSEDIA?????

TEMUDUGA TERBUKA!!!


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.



Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah

PERBAIKI

Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH
yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH

KESILAPAN

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

--------------------------------------------------------------------------------


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
....tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

--------------------------------------------------------------------------------

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke


''Malam Pertama Kita''

Thursday, June 17, 2010

Umat Islam jangan terpedaya janji Israel




Kabinet Keselamatan baru sahaja membincangkan kemungkinan untuk melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza selepas sekian banyak dosa akibat serangan dan sekatan sejak tahun 2006.
Justeru itu, umat Islam dinasihatkan tidak alpa dengan isu ini kerana sikap lidah bercabang adalah sikap semula jadi rejim Israel.
Kedua-dua saluran umum dan swasta Channel 10 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang menerima tekanan kuat dari pihak antarabangsa, memutuskan untuk mengurangkan sekatan dan mengambil langkah-langkah menamatkannya.
Netanyahu berjanji akan kekalkan sekatan laut ke atas Gaza, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas.
Pendekatan baru yang dianggap mungkin sebagai rahmat ‘persefahaman Blair-Netanyahu’, hanyalah satu usaha jangka pendek yang hanya bertujuan mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel.
Tanpa ada sebab musabab dalam hal perbincangan isu kelonggaran sekatan, Iran pula cuba dikaitkan dalam hal penyeludupan senjata melalui laut dan ini petanda awal bahawa Israel dan abangnya, AS akan menumpu perhatian untuk memusnahkan Iran.
Sebelum negara haram ini menerima banyak tekanan diplomasi (sekadar ucapan beberapa pemimpin PBB sahaja) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menolak untuk menarik sekatan ke atas Gaza, malah menegaskan larangan bantuan beberapa siri Viva Palestina dan konvoi pelbagai NGO serata dunia melalui jalan darat dan laut adalah sebagai punca membuka pintu penyeludupan persenjataan Hamas.
"Ini bukan 'Kapal penyelamat'. Itu adalah kapal kerosakan," kata Netanyahu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bersetuju mengambil balik bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas oleh Israel dan mengagihkannya di kawasan penempatan Palestin yang ditutup selepas didesak oleh semua pihak serta langkah awal pelobi Yahudi di dalam PBB untuk mengelakkan tekanan politik bertukar menjadi tekanan ekonomi seperti pada tahun 2006 dahulu.
Penyelaras PBB bagi rantau Asia Barat, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah memperoleh kebenaran pemilik tiga kapal yang didaftar di Turki bagi mengambil alih bahan berkenaan dan memikul tanggungjawab memastikan ia diagihkan di Gaza bagi tujuan kemanusiaan.
Bank Dunia membuat anggaran bahawa 80% impot ke Gaza datang dari terowong bawah tanah. Pada tahun 2008, rakyat Gaza merobohkan pagar sempadan dengan Mesir, dan PBB menganggar bahawa setengah dari 1.5 juta populasi Gaza segera berhijrah ke Mesir untuk mendapatkan gas, minyak masak, dan semua keperluan sehari-hari sebelum sempadan (Rafah) tersebut ditutup kembali oleh tentera Mesir.
Ini menunjukkan bagaimana eksplosifnya situasi pada saat itu. Semenjak itu, situasi telah menjadi semakin parah di mana pemerintah Mesir mulai membangun sebuah tembok besi bawah tanah guna memblok terowongan-terowongan dari Gaza melalui nasihat zionis. Tambahan pula, tanpa perdagangan sah, terutama dengan Israel, ekonomi Gaza telah runtuh. CIA World Factbook mengestimasikan bahawa tingkat pengangguran pada tahun 2009 adalah 40%. 44% dari populasi adalah anak muda berumur 14 ke bawah.
Inilah situasi yang ada di Gaza, di mana seluruh rakyat ditahan di sebuah penjara terbuka.
Pihak NGO seluruh negara ini, serta di serata dunia diseru untuk memantau pengagihan barang bantuan daripada kapal-kapal yang telah ditawan serta memastikan konvoi bantuan terus dilakukan melalui jalan laut dan darat yang telah dibuka oleh pihak Mesir. Sikap Mesir juga perlu dicurigai kerana mereka boleh menutup sempadan pada bila-bila masa sahaja atas desakan musyrikin zionis. Tekanan kepada Mesir juga wajar diteruskan.
MAPPIM akan menganjurkan Konvoi Ramadhan di Gaza pada bulan puasa tahun ini serta akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Mesir konsisten membuka sempada Rafah serta mengabaikan desakan zionis.

Friday, June 11, 2010

Majlis Khatam Al-Quran





10 Jun 2010 telah berlangsung majlis khatam al-quran di musolla. Dihadiri beberapa anggota generasi 17 N9. Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahim bin Azlan dan Jutaan terima kasih kepada Syeikh Said Abdul Latif Al-Karawiah atas bacaan doa khatam al-quran. Diharapkan kepada yang lain dapat mengkhatamkan al-quran bersama pada masa akan datang. Insyaallah.

Lawatan Kadet Polis ( Pulau Pinang)






Pada 21 mei hingga 23 mei yg lalu, unit Beruniform Kadet Polis ITQAN telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. lawatan ini telah disertai seramai 41 orang ahli Kadet Polis ITQAN. Lawatan ini juga turut disertai oleh beberapa orang anggota generasi 17 Tahfiz N9. Antaranya Ahmad Aslam, Ahmad Firdaus ,Asyraf Hakimi, Dzulqamar, Mahfuz, Amirudeen, Alif Lamra, Ihsan dan Syed Syahmi.
Antara tempat-tempat yang menjadi destinasi kami pada hari pertama ialah Muzium Perang, Taman Botani, Muzium Mainan , Batu Ferringgi, dan juga pasar malam. Pada hari terakhir,kami sempat singgah ke pasar untuk membeli sedikit buah tangan. Kami juga dapat juga merasa menaiki feri. Ada di antara kalangan kami tidak pernah menaiki feri. Itu saja yang kami dapat kongsikan pada kali ini. Bersama ini, disertakan beberapa keping gambar yang menjadi tatapan para pembaca.