Wednesday, December 14, 2011

Hijrahlah!



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat dan pembaca blog ini. Alhamdulillah setelah sekian lama blog ini tidak diupdate, saya masih diberi peluang untuk meneruskan tugasan sebagai updater blog ini. Selamat menyambut Maal Hijrah yg ke-1433. Peristiwa ini banyak mengenangkan kehidupan junjungan mulia Rasulullah S.A.W  pada saat pertama baginda berhijrah ke Madinah bersama sahabat baginda, Saidina Abu Bakar. Antara nilai-nilai yang boleh diambil daripada peristiwa ini adalah pengorbanan dan kasih sayang terhadap sahabat. Masih adakah hubungan yang boleh kita lihat  seperti baginda Rasulullah  dengan Saidina Abu Bakar pada akhir zaman yang penuh cabaran dan fitnah ini. Hijrah berasal daripada perkataan ‘hajara’ yang bermaksud meninggalkan. Rasulullah bersabda yang bermaksud “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah)”. Hadith  ini yang dimaksudkan oleh baginda adalah perpindahan yang berlaku ketika baginda berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar. Hijrah pada zaman ini pula yang dimaksudkan adalah berubah dari buruk ke baik,dari baik ke lebih baik. Orang yang Mukmin akan sentiasa berubah dari hari ke hari dan tidak akan menjadikan hari yang akan datang menjadi sama atau lebih teruk daripada hari semalam. Maka rugilah dan celakalah orang yang tidak membawa dirinya kearah perubahan dari hari ke hari. Kesimpulannya, kita tidaklah perlu menunggu sambutan Maal Hijrah baru hendak memulakan perubahan, perlulah sentiasa meningkatkan mutu dan kualiti dari segi rohani dan jasmani dalam setiap individu muslim agar dapat mencapai tahap Mukmin. Hijrahlah, nescaya Allah akan membuka jalan kebaikan. Sekian dari saya, agar dapat mengambil iktibar dan pengajaran seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah. Mohon maaf jika wujud kesilapan dalam artikel ini, saya juga insan yang lemah yang ingin memperbaiki diri dari masa ke masa.

No comments: