Thursday, September 16, 2010
Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan Islam :
Baru-baru ini kita digemparkan beberapa buah klip video yg menghina junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w khususnya dan Islam umumnya. Saya berasa kesal dan bengang apabila melihat sebuah klip video yg berkaitan dengan hal ini. Terasa mcm nk cari jer org yg menghina tu.Tapi bila difikirkan semula, saya bertanya pd diri sendiri `adakah masalah ini berpunca dr umat Islam?'. Saya imbas kembali beberapa naskhah akhbar untuk mencari info2. "ha'a, jumpa pon."bisik di dalam hati. Rencana tantang kes pembuangan bayi, mat2 remp-it, rogol,mcm2 lg. Terasa malu pon ader gak ngn perangai umat islam skarang(termasuk tuan punye diri).
Mungkin ini yg menjadi punca agama2 lain menghina agama islam.. Tapi yg menjadi tanda tanyanya sekarang, mengapa ade umat islam sendiri yg menghina islam?? plik kn?? betapa lemahnya iman umat islam zaman sekarangtak mcm iman para sahabat..... disini sya nyatakan sebuah klip video Penghinaan Nabi Muhammad S.A.W dan Islam :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=146211225411737#!/video/video.php?v=146211225411737
Saturday, September 4, 2010
Friday, September 3, 2010
Peristiwa - Peristiwa Yang Berlaku Di Bulan Ramadhan
Ramadhan Al-Kareem |
PERANG BADAR
Perang Badar (bahasa Arab: غزوة بدر), dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[1] di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.
NUZUL AL - QURAN
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al - A'laq.
MALAM AL-QADAR
Subscribe to:
Posts (Atom)